fbpx

Ismail Sabri ucap tahniah pada Perdana Menteri baharu Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri dan Truss dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Ismail Sabri menerusi satu perkongsian di laman Facebook berkata, beliau berharap agar hubungan dua hala bersama UK akan terus terjalin demi kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara.

“Tahniah diucapkan kepada Puan Yang Terutama Mary Elizabeth Truss di atas lantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom.

“Selamat menjalankan tugas dan saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya hari ini.

Mary Elizabeth Truss atau Liz Truss, 47, dilantik sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu semalam selepas memenangi undian kepimpinan dalaman bagi parti Konservatif.

Bekas Setiausaha Kementerian Luar itu mengalahkan pesaingnya yang merupakan mantan Menteri Kewangan, Rishi Sunak, dengan 81,326 undian berbanding 60,399 selepas persaingan sepanjang musim panas susulan peletakan jawatan Boris Johnson pada Julai lalu.

Truss yang kini merupakan Perdana Menteri Britain ke-15 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth II berikrar untuk menyampaikan ‘pelan berani’ bagi memotong cukai, mengembangkan ekonomi Britain dan menangani lonjakan kos tenaga sejurus diumumkan memenangi undian.

Perdana Menteri Britain wanita yang ketiga selepas Theresa May dan Margaret Thatcher itu juga dijangkan membentuk kerajaan hari ini, sejurus selepas Johnson mengemukakan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Ratu Elizabeth. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI