fbpx

Pelajar ikat guru, kerani sekolah kerana gagal peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA diikat pada pokok sebelum dipukul menggunakan batang kayu. – Oddity Central

NEW DELHI – Gara-gara tidak berpuas hati menerima gred peperiksaan yang teruk, berpuluh-puluh pelajar sebuah sekolah di India mengikat guru matematik dan seorang kerani pada sebatang pokok sebelum memukul mereka, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, pelajar Scheduled Tribe Residential School di Dumka, negeri Jharkhand memperdaya dua kakitangan sekolah itu dengan alasan untuk membincangkan gred mereka dalam peperiksaan baru-baru ini. 

Pelajar-pelajar berkenaan mengikat kedua-dua mangsa pada sebatang pokok dan memukul mereka. 

Gambar dan video yang tular di media sosial memaparkan tiga lelaki diikat pada sebatang pokok dan perpuluh-puluh pelajar lelaki berkeliaran di sekeliling mereka dengan membawa batang kayu tebal.

Siasatan polis mendapati mangsa diserang secara fizikal oleh pelajar yang marah. Seorang daripada mangsa memberi keterangan ketika kepalanya berbalut akibat dipukul.

Reaksi ganas para pelajar itu tercetus ekoran beberapa gred teruk yang diperoleh sebilangan mereka dalam peperiksaan matematik.

Laman berita India Times melaporkan bahawa 11 daripada 32 pelajar menerima gred DD yang bersamaan dengan gagal sehingga mencetuskan kemarahan.

Mereka meminta guru matematik, Suman Kumar dan kerani yang memuat naik gred ke laman web sekolah, Soneram Chaure untuk bertanggungjawab. 

Pelajar yang marah tidak mendengar penjelasan mangsa dan terus mengikat mereka pada pokok sebelum membelasah menggunakan kayu.

Menurut siasatan polis yang sedang dijalankan, sebahagian besar pelajar sekolah itu terlibat dalam kejadian tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI