fbpx

Remaja dirempuh kereta api ketika rakam kandungan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akshay duduk di tanah selepas dirempuh kereta api di Telangana. – Gulf Today

NEW DELHI – Seorang remaja di India dirempuh kereta api ketika merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku ketika CH Akshay Raj, 17, sedang merakam video untuk Instagram Reels di sepanjang laluan kereta api berhampiran stesen Kazipet di negeri Telangana.

Menurut laporan tempatan, pelajar kejuruteraan itu tidak mengendahkan amaran pekerja kereta api yang sedang menjalankan pembaikan pada masa tersebut.

Menerusi rakaman kejadian, remaja itu dilihat berjalan di sepanjang laluan kereta api ke arah kamera. Sebuah kereta api dilihat datang dari arah belakangnya.

Rakan Akshay yang merakam video itu cuba memberi amaran kepadanya.

Bagaimanapun, keadaan sudah terlambat apabila kereta api itu melanggar bahu remaja berkenaan, lantas menyebabkan dia terhempas ke tanah sebelum rakannya bergegas membantunya.

Klip video itu berakhir dengan Akshay bangun untuk berdiri dengan keadaan darah keluar dari telinganya.

Polis kereta api membawa remaja tersebut ke hospital dan dia mengalami beberapa kecederaan pada muka dan patah kaki akibat kemalangan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI