fbpx

Nyaris rentung ketika lena dibuai mimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah di Kampung Lukut Cina, Kota Tinggi di sini yang terbakar sehingga menyebabkan seorang lelaki warga Myanmar alami kecederaan.

KOTA TINGGI – Tindakan seorang jiran yang meminta pertolongan dan menghubungi bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Myanmar yang sedang tidur ketika rumah sewanya terbakar dalam kejadian di Kampung Lukut Cina, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Al Hasra Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.21 pagi sebelum 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran di dalam bilik sebuah rumah jenis separuh kekal. Kebakaran disedari oleh jiran mangsa yang meminta pertolongan dan menghubungi bomba.

“Ketika kejadian, mangsa yang merupakan lelaki warga Myanmar sedang tidur di dalam rumah sewanya itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasra, kebakaran terbabit telah memusnahkan 50 peratus bahagian rumah manakala mangsa turut mengalami lecuran pada bahagian jari.

Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga masih melakukan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI