fbpx

Lelaki Indonesia langgar lari pegawai imigresen direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Indonesia (kiri) yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari seorang pegawai imigresen direman di Mahkamah Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Lelaki Indonesia yang disyaki merempuh motosikal ditunggang pegawai imigresen sehingga maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gurun dekat sini kelmarin direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 27 tahun terbabit dikeluarkan Majistret, Nor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan lelaki warga Indonesia itu ditahan pada pukul 6.30 petang semalam selepas dia menyerah diri di Pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Kuala Muda.

Katanya, pemandu yang menetap di Taman Sri Gading, Pokok Sena dekat Alor Setar itu mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan melarikan diri kerana takut dipukul.

“Suspek juga berkata dia turut melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Pemandu terbabit yang bekerja sebagai buruh memaklumkan dia memandu kereta milik abang iparnya semasa kejadian dan melarikan diri balik ke Pokok Sena sejurus kejadian,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI