fbpx

Berang barang disita, lelaki tumbuk anggota penguatkuasa MBJB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas disyaki menumbuk anggota MBJB dalam kejadian di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyita barangan, seorang pengurus sebuah premis perniagaan menumbuk pembantu penguatkuasa dalam kejadian di Taman Pelangi, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 1.50 pagi.

Menurut beliau, suspek yang bertindak memukul petugas awam berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka akibat ditumbuk, selain turut mengalami lebam di lutut kaki kirinya.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan operasi sitaan barangan yang dijalankan MBJB disebabkan premis terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, susulan itu polis menahan suspek di premis tempatnya bekerja pada pukul 1.15 petang, semalam.

“Suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI