fbpx

Cuaca cerah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Cuaca dilihat cerah dan dalam keadaan yang baik melibatkan semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata pengguna Facebook berkongsi keadaan cuaca di kawasan mereka dan berharap agar kekal cerah sepanjang hari.

“Alhamdulillah, sejuk cuaca pagi ini. Langit pun cerah, harap tak hujan la sepanjang hari, banyak urusan perlu diselesaikan hari ini,” kata Hajah Norlidah menerusi hantarannya pagi ini.

Sementara itu, semakan di laman Facebook dan YouTube rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiada laporan melibatkan hujan lebat dan amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 7.55 pagi hari ini.

Terdahulu, MetMalaysia hanya melaporkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan Kudat (Kudat dan Pitas) di Sabah yang berkuat kuasa sehingga pukul 5 pagi tadi sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI