fbpx

Pesohor YouTube temui koleksi kereta antik mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi kereta mewah ini dipercayai milik syarikat pengeluar Bristol Cars yang muflis sejak beberapa tahun lalu. - The Sun

LONDON – Dua pencipta kandungan YouTube di Britain ibarat ‘terpijak tuah’ apabila terjumpa barangan lama yang terdiri daripada koleksi kereta mewah buatan tempatan dan antarabangsa, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pasangan duo yang dikenali sebagai Ben dan Eran itu merakam ‘penjelajahan’ mereka di sebuah tempat parkir kereta lama di Surrey yang terbengkalai.

Koleksi menakjubkan itu merangkumi jenis kenderaan vintaj yang dilupakan termasuk kereta klasik British keluaran syarikat Bentley dan Bristol Cars.

Selain itu, turut ditemui adalah sebuah kereta Proton Perdana yang pernah menjadi milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan menghantarnya ke Britain untuk membantu projek penyelidikan bahan api hibrid.

Bristol Cars adalah sebuah syarikat pengeluar kenderaan berskala kecil dengan semua kenderaan dibuat menggunakan tenaga manusia tanpa pengeluaran besar-besaran.

Tempat letak kereta terbiar itu adalah kemudahan penyimpanan untuk sisa stok mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Eran, mereka sudah lama memerhatikan bangunan tersebut kerana berasakan ada sesuatu yang sangat menarik tersimpan di situ.

“Ia seperti tidak dipedulikan, tersimpan dan berhabuk sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Pelelong item garaj berharga, David Fletcher, yang akan menguruskan penjualan koleksi antik tersebut menganggarkan nilai keseluruhannya adalah sekitar £1 juta (RM5.1 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI