fbpx

Pekerja kontrak maut dihempap paip pemercik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi pekerja kontrak warga asing dihempap paip pemercik di tapak pembinaan di Taman Perindustrian Batu Kawan, di sini hari ini. - FOTO: IHSAN JKKP

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap paip pemercik (sprinkler) di tapak projek pembinaan di Taman Perindustrian Batu Kawan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan sistem pencegahan kebakaran (fire fighting) pada bangunan yang masih dalam pembinaan.

“Mangsa dipercayai telah dihempap oleh paip pemercik (sprinkler) yang disandarkan pada ‘scissor lift’ yang tiba-tiba terjatuh dan mengenai kepala mangsa.

“Susulan kejadian itu, satu notis larangan telah dikeluarkan dan lokasi kejadian telah disita serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak berkenaan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI