fbpx

MyQRAsset selaras pengurusan aset dan inventori UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (tengah), melancarkan aplikasi MyQRAsset sambil diperhatikan Ahli JKPU UPSI di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning UPSI.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan aplikasi MyQRAsset, sebuah teknologi pintar pengurusan aset yang melibatkan proses verifikasi aset dan inventori pusat pengajian tersebut.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md Taff, aplikasi yang dibangunkan sendiri Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PICT) dan Jabatan Bendahari UPSI menggunakan pangkalan data sumber terbuka postgreSQL.

“UPSI amat berbangga dengan kepakaran warga kerjanya membangunkan aplikasi yang membantu proses pelaksanaan verifikasi aset dan inventori dengan lebih pantas dan lancar.

“Ia memberikan perkhidmatan kewangan dan perakaunan terunggul dalam merealisasikan visi dan misi Universiti,” katanya ketika sesi santun Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) bersama Jabatan Bendahari di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning UPSI.

Beliau menambah, data yang diperoleh dalam aplikasi ini seragam dan tepat berhubung dengan data yang terdapat di pangkalan sistem MyFIS Neo.

“Ia sebuah sistem maklumat kewangan bersepadu UPSI yang berintegrasi dan menyeluruh bermula daripada proses pengurusan bajet sehingga ke laporan kewangan.

“Aplikasi ini sangat fleksibel dan mudah digunakan menerusi peranti telefon pintar dan tablet, mampu berfungsi secara dalam talian mahupun secara luar talian serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tinggi.

“Inovasi pintar ini memberi penjimatan lebih RM50,000 kepada pengurusan jika tidak dibangunkan oleh pihak vendor luar,” ujarnya.

Sehubungan itu, Md. Amin menyatakan aplikasi ini telah diuji dan diterima pakai penggunaannya seramai 238 pegawai verifikasi bersedia untuk diluaskan lagi fungsi kepada aspek penggunaan aset yang lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI