MIAMI, FLORIDA – Seorang atlet renang berirama dari Amerika Syarikat (AS), Kristina Makushenko menjadi sensati internet disebabkan aksinya berjalan dalam air secara terbalik, lapor laman berita India Today semalam.
Makushenko yang juga juara dunia empat kali dalam acara renang berirama memuat naik video tersebut di laman Instagram.
“Boleh pusingkan telefon jika pergerakan ini memeningkan kepala anda,” tulis Makushenko.
Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 54 juta tontonan dengan pengguna media sosial menyatakan kekaguman terhadap skil wanita itu.
“Ini adalah aksi luar biasa, anda ialah seorang adiwira,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Bagaimana anda berjalan dalam keadaan terbalik, di dalam air tetapi kelihatan seperti sedang berjalan di darat seperti orang normal?” komen seorang lagi. – Agensi