fbpx

4 dikhuatiri maut pesawat peribadi terhempas di Laut Baltic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat itu berlepas dari Sepanyol dan sepatutnya mendarat di Cologne, Jerman. - NY Post

RIGA, Latvia – Empat orang dikhuatiri maut selepas sebuah jet peribadi yang membawa sekeluarga terhempas di Laut Baltic, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pesawat itu dilaporkan terhempas selepas kehilangan altitud dengan pantas di luar pantai Latvia.

Jet milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dipercayai berebut-rebut cuba memintas pesawat tersebut sebelum ia terhempas selepas berlepas dari Sepanyol.

Ia sepatutnya mendarat di Cologne, Jerman, tetapi terus terbang ke timur laut sehingga terhempas ke dalam laut di luar Ventspils, Latvia.

Mangsa dikatakan terdiri daripada juruterbang bersama seorang lelaki, wanita dan anak perempuan mereka.

Usaha menyelamat sedang dijalankan, namun pegawai tempatan memberi amaran bahawa peluang untuk mencari mangsa yang terselamat dalam nahas itu adalah tipis.

“Pesawat itu terbang di laluan antara Sepanyol dan Cologne tetapi apabila ia menukar haluan, pengawal trafik udara terputus hubungan dengan juruterbang,” kata agensi penerbangan awam Latvia dalam satu kenyataan.

Laman berita Jerman melaporkan bahawa juruterbang pesawat melaporkan masalah dengan tekanan kabin sejurus selepas berlepas. 

Pihak berkuasa terputus hubungan radio dengan pesawat itu tidak lama kemudian sebelum jet pejuang NATO dihantar untuk memintas pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, apabila mereka tiba di sebelah pesawat itu, perkhidmatan penyelamat Sweden berkata, ia tidak dapat melihat sesiapa di dalam kokpit pesawat Cessna tersebut.

“Kami mengetahui bahawa pesawat itu telah terhempas di barat laut bandar Ventspils di Latvia pada pukul 7.30 petang (waktu tempatan) selepas hilang dari radar,” kata jurucakap perkhidmatan menyelamat Sweden.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu kehabisan bahan api, yang menjadi punca ia terhempas ke Laut Baltic. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI