fbpx

Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY (tengah) menunjukkan gambar suspek wanita dan barangan kes dipercayai terlibat kegiatan pelacuran di sebuah kediaman sewaan persendirian di Kampung Baru Jementah, Segamat, Johor, kelmarin

SEGAMAT – Seorang penoreh getah menjadikan kediaman persendirian yang disewa di Kampung Baru, Jementah, di sini sebagai ‘port’ pelacuran sejak dua bulan lalu terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4.50 petang itu berjaya menahan seorang lelaki warga emas berusia 72 serta dua wanita warga asing Indonesia berstatus ibu tunggal berusia 41 dan 42 tahun.

Katanya, semasa serbuan, terdapat tiga orang pelanggan berusia antara 50an hingga 60an warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kesemua pelanggan tersebut sedang leka memilih pasangan masing-masing tanpa menyedari kehadiran anggota polis sewaktu serbuan,”katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, siasatan mendapati, suspek menyewa rumah tersebut dengan kadar RM450 setiap bulan bagi memudahkan ‘hidung belang’ untuk mendapatkan khidmat pelacuran dengan harga mampu milik

“Siasatan awal mendapati bayaran sebanyak RM50 dikenakan untuk setiap perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada pelanggan dan temu janji dibuat melalui aplikasi WeChat.

“Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran antaranya enam telefon bimbit pelbagai jenama, lima keping kondom, dua kondom telah digunakan, dua botol minyak urut dan satu bungkus tisu basah selain wang tunai RM500,”ujarnya

Kesemua suspek direman antara sehari hingga empat hari sehingga 7 September untuk siasatan mengikut Seksyen 372B, 372A Kanun Keseksaan, 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan 55B Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI