PUTRAJAYA- Isu melibatkan projek pembekalan solar hibrid di sekolah seluruh Sarawak disifatkan sebagai rumit serta memerlukan perincian teliti oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, projek solar hibrid itu meninggalkan banyak isu legasi dan ia merupakan sesuatu yang merumitkan.
“Dalam konteks projek solar, isu legasi banyak perkara, kita perlu melihat legasi isu (kerajaan terdahulu) yang ditinggal, ia merumitkan.
“Kita akan melihat perkara perundangan dan sebagainya diambil kira. Sebelum kita bergerak, banyak lagi isu legasi yang dapat dilihat dalam kes, ada banyak perkara yang perlu diperincikan,” katanya kepada pemberita di sini tadi.
Dr. Radzi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang meminta projek tersebut diteruskan.- KOSMO! ONLINE