PETALING JAYA – Penduduk di Johor, Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, ia dijangka berlaku di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sarawak pula membabitkan Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Bagi Sabah, hujan lebat tertumpu di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya hari ini.
Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga lewat petang nanti.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE