fbpx

Demonstrasi bantah kenaikan harga minyak Indonesia dijangka berlaku di 33 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikeluarkan oleh PMII mengenai aksi demonstrasi membantah harga minyak naik di Jakarta Pusat, hari ini. - Sindo News

JAKARTA – Beberapa siri demonstrasi membantah kenaikan harga minyak petrol dijangka berlaku petang ini di 33 wilayah Indonesia, lapor laman Liputan6, semalam.

Antara persatuan yang mengesahkan penyertaan dalam demonstrasi tersebut adalah Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII), Pertubuhan Parti Buruh dan Kesatuan Sekerja.

Bantahan dijadualkan berpusat di hadapan Istana Merdeka, Jakarta Pusat namun sehingga artikel ini ditulis, tiada laporan mengenai perhimpunan dilaksanakan.

Antara lokasi lain yang dilaporkan turut terlibat adalah di Bandung, Semarang, Surabaya, Jogjakarta, Banda Aceh, Medan, Batam, Padang, Pekanbaru, Bengkulu, Lampung, Banjarmasin, Samarinda, dan Pontianak.

Bantahan juga akan dilakukan di Makassar, Gorontalo. Sulawesi Utara,Ambon, Ternate, Mataram, Kupang, Manokwari dan Jayapura.

Ketua Trafik Polis Metro Jakarta Pusat, Komisioner Purwanta berkata, kawalan lalu lintas juga masih seperti biasa namun pihak berkuasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

 “Kawalan lalu lintas adalah sebahagian daripada tentatif jika perhimpunan menjadi di luar kawalan,” kata Purwanta.

Jika mengikut poster yang diedarkan oleh PMII semalam, aksi demonstrasi sepatutnya bermula di hadapan Istana Merdeka bermula pukul 1 tengah hari tadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI