fbpx

[VIDEO] Tergamam dua tabung derma dilarikan lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaharah menunjukkan satu-satunya tabung derma yang tidak dilarikan penjenayah di gerai bubur ayamnya di Kampung Alor Tempoyak, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pembantu gerai bubur ayam tergamam apabila dua tabung derma diletakkan di atas meja di premisnya dilarikan seorang lelaki bermotosikal di Kampung Alor Tempoyak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut pada mulanya menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan tabung derma sebuah pertubuhan anak yatim berkenaan.

Pembantu gerai tersebut, Zaharah Yusuf, 43, berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa apabila suspek membuat pesanan kononnya mahu membeli bubur ayam.

“Sedang saya menyiapkan pesanannya, dia yang masih berada di atas motosikalnya tiba-tiba mencapai dua daripada tiga tabung derma yang diletakkan di meja makan pelanggan.

“Dia kemudiannya memecut laju motosikalnya melarikan diri. Saya yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di gerainya di Kampung Alor Tempoyak di sini hari ini.

Zaharah berkata, dia tidak pasti amaun wang terdapat di dalam tabung derma berkenaan tetapi sepanjang pengetahuannya, ramai pelanggan yang telah menghulurkan derma.

Sehubungan itu, dia terkilan kerana sepatutnya wang derma itu disalurkan kepada pertubuhan anak yatim terlibat yang lebih memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI