fbpx

Amah diburu larikan barangan majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amah Indonesia yang sedang diburu polis

KLANG – Seorang pembantu rumah warga Indonesia diburu polis selepas didakwa melarikan pelbagai barangan milik majikannya yang bernilai RM14,000 di sekitar Meru di sini, semalam.

Wanita berusia 33 yang itu dipercayai berasal dari Jawa Timur.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang wanita  berusia lingkungan 40-an, pukul 10.03 malam.

“Mangsa itu tampil membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan barangan di ruang tamu rumahnya.

“Antara yang dilaporkan hilang adalah sebuah komputer riba dan tablet, dua tabung syiling dan wang tunai berjumlah RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek bekerja dengan mangsa selama dua minggu dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

Tambah Vijaya Rao, orang ramai yamg mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Zulkifli Wan Hamat di talian 010-7780770 atau balai polis berdekatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI