fbpx

Gempa bumi gegarkan barat daya China, 7 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tembok yang rosak di Luzhou, Sichuan, selepas gempa bumi pada 16 September 2021. - CNN

BEIJING – Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan barat daya China hari ini, kata media tempatan.

Kaji selidik awal menunjukkan sebilangan bandar di wilayah Sichuan mengalami kerosakan kediaman yang serius akibat tanah runtuh di kawasan pergunungan.

Dalam masa sama, talian telekomunikasi turut terganggu di sesetengah kawasan, demikian menurut stesen penyiaran tempatan, CCTV.

Lebih 500 anggota penyelamat telah dikerahkan ke pusat gempa, kata stesen penyiaran CGTN.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut melanda sekitar 43 kilometer (km) di tenggara bandar Kangding dalam wilayah Sichuan pada kedalaman 10 km.

Seorang penduduk memberitahu AFP bahawa gegaran turut dirasai di bandar raya mega Chengdu, yang terletak berdekatan dengan lokasi gempa.

“Saya dapat merasa gegaran yang agak kuat. Sebilangan jiran yang duduk di aras bawah berkata mereka dapat merasa gegaran dengan jelas,” kata penduduk tersebut yang hanya dikenali sebagai Chen.

Kejadian gempa bumi agak sering berlaku di China, terutamanya di bahagian barat daya aktif seismik negara itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI