fbpx

Sindiket seleweng diesel tumpas, 11 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUNAIDI (tengah) menunjukkan barangan rampasan hasil serbuan ke atas dua buah gudang di Jalan Semenyih, Kajang pada Khamis lalu.

KAJANG – Polis berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi melibatkan rampasan bernilai RM1.5 juta sebelum menahan 11 lelaki menerusi serbuan serentak di dua buah gudang dekat Jalan Semenyih, di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan serentak itu dijalankan Unit Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor bersama Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman.

“Berdasarkan hasil risikan, kita telah membuat serbuan dan berjaya menahan 11 lelaki terdiri daripada tujuh warga tempatan dan empat warga asing berusia lingkungan 19 hingga 59 tahun.

“Kita turut merampas tujuh buah lori bonded diubahsuai, sebuah lori tangki minyak, sebuah Toyota Hilux, tiga tangki minyak statik serta 94,450 liter diesel bernilai RM361,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM1.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah gudang dekat Semenyih, di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, sindiket terbabit dipercayai membeli diesel dari stesen minyak sekitar Kajang menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda yang telah diubahsuai sebelum dipindahkan ke tangki simpanan di gudang berkenaan.

“Sindiket kemudian menjual semula diesel terbabit dengan harga antara RM4 dan RM5 seliter dipercayai telah aktif selama tiga bulan.

“Kesemua tangkapan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta ditahan reman selama lima hari sehingga esok di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI