fbpx

Bekas pengurus akaun kebas duit syarikat RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Reazal mengaku tidak bersalah atas 114 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini.

MUAR – Tindakan seorang bekas pengurus akaun mencuri duit sebuah syarikat perabot mengundang padah apabila dia dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi 114 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM2.5 juta.

Tertuduh, Mohd. Reazal Mohd Yassin, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Lelaki itu didakwa melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang tunai dan cek bernilai RM2,506,676.30, antara 20 Jun 2017 sehingga 5 Nov 2019.

Dia yang ketika itu bekerja di syarikat pembuatan perabot, didakwa melakukan perbuatan tersebut di syarikat berkenaan yang beralamat di Kundang Ulu, Grisek, Tangkak.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 14 tahun, sebat dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Mohd. Reazal yang tidak diwakili peguam, merayu agar wang jaminan dikurangkan memandang dia kini tidak bekerja dan menampung isteri serta ibu mertua yang tidak sihat.

Selain itu, tertuduh turut mengakui dirinya tidak sihat dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Hakim kemudiannya mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan berjumlah RM114,000 serta melantik peguam.

Kes akan disebut semula pada 5 Oktober ini tahun ini untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI