fbpx

Lelaki belanja makan sebab teringat arwah keluarga buat ramai sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki tidak dapat menahan sedih dan membelanja sebuah keluarga makan tengah hari baru-baru ini.

PETALING JAYA – Akibat rindukan keluarga, seorang lelaki bermurah hati membayar makanan beberapa orang yang tidak dikenali semasa menjamu selera di sebuah restoran baru-baru ini.

Menerusi perkongsian klip video di laman sosial Momo, individu berkenaan sedih selepas mengetahui bahawa keluarga pemuda terbabit telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan kini hidup sebatang kara.

Lebih menyedihkan, lelaki tersebut turut dilihat tidak dapat menahan air mata ketika mendedahkan mengapa dia berbuat demikian.

“Waktu nak ‘lunch’ (makan tengah hari) ada seorang pemuda baik hati belanja kami semua makan kerana teringat kepada arwah keluarga dia.

“Rasa sebak bila dapat tahu mengenai keluarga dia. Rasa kehilangan dan rindu yang tak terkata. Semoga awak sentiasa kuat dan dilimpahi rezeki serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai turut tersentuh dengan situasi berkenaan dan mendoakan agar dipermudah urusan buat pemuda tersebut.

“Alhamdulillah, bersedakah atas nama arwah keluarga ini anak soleh yang baik budi pekerti. Arwah pasti bangga,” luah deep.

“Ya Allah, sebaknya, semoga awak sentiasa dilindungi dan dimurah rezeki,” ucap hanizah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI