fbpx

Akhirnya Noor Nabila kongsi foto Engku Emran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Noor Nabila yang memuat naik gambarnya bersama suami menghapus spekulasi keretakan rumah tangga mereka sebelum ini.

PETALING JAYA – Meleraikan khabar angin dan dakwaan mengenai rumah tangga goyah, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya berkongsi foto bersama suaminya, Engku Emran dalam satu InstaStory semalam.

Difahamkan, perkongsian tersebut dimuat naik sempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-38 semalam yang dihadiri ahli keluarga terdekat.

Tidak meletakkan sebarang tag nama atau ucapan, Engku Emran dalam foto tersebut dilihat merangkul bahu isterinya dan sedondon dengan persalinan serba putih.

Perkongsian foto tersebut juga sekali gus meleraikan pelbagai dakwaan dan tohmahan yang mengatakan hubungan suami isteri itu sudah terlerai.

Bukan hanya di Malaysia, khabar angin mengenai dakwaan perceraian mereka turut tular dan heboh sehingga mendapat perhatian media Indonesia.

Khabar angin tersebut mula tercetus apabila Nabila memadam semua foto bersama Engku Emran termasuk momen pernikahan mereka serta menukar gambar profil akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, pada bulan lalu, dia yang juga seorang usahawan pernah memuat naik video yang memperlihatkan kelibat Engku Emran sedang menunaikan solat.

Untuk rekod, sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Malah dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI