fbpx

Disangka lemas rupanya sesat tak jumpa jalan balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA nelayan ditemui selamat hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Telur, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Dua nelayan yang disangka lemas selepas hilang ketika melakukan aktiviti menjala di Sungai Telor di sini kelmarin sebaliknya hanya tersesat dan berjaya ditemui hari ini.

Mangsa, Wan Nain Wan Abd Kadir, 43 dan rakannya, Nik Norzi Abd Rahman, 48, ditemui kira-kira pukul 7.58 pagi dalam keadaan selamat tidak jauh dari lokasi hilang.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulai, PBT II Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 9.24 malam dan menghantar seramai tujuh anggota ke lokasi.

“Laporan berkenaan kehilangan mangsa dibuat oleh isteri mangsa yang mana memaklumkan suaminya dan seorang rakannya telah pergi menjala kira-kira pukul 7 petang dan sehinggalah bomba terima panggilan pada pukul 9.24 mangsa masih tidak pulang.

“Ekoran itu pihak bomba telah ke lokasi akhir yang dilaporkan mangsa kelihatan dan membuat pencarian di kawasan tersebut menggunakan teknik surface searching di kawasan terakhir isteri mangsa melihat mangsa.

“Namun kita didapati tanda-tanda mangsa dikhuatiri lemas tiada. Pihak bomba melakukan operasi pencarian di tebing sehingga pukul 2 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, hasil dari siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dikatakan tersesat untuk mencari jalan pulang.

“Mangsa telah dijumpai oleh anggota bomba di jalan utama Kampung Sungai Telor kira-kira jarak 700 meter dari lokasi disyaki hilang.

“Ketika dijumpai mangsa dalam keadaan selamat dan lemah. Anggota EMRS kemudian membuat rawatan pada kaki mangsa yang telah luka. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI