fbpx

Tikam bekas kekasih, pemandu e-hailing berdepan penjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Noor didakwa atas tuduhan menikam bekas teman wanitanya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu e-hailing berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menikam dan mencederakan kekasihnya, iaitu seorang akauntan dalam satu kejadian di Masai pada 31 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Noor Faiz Md. Hairi, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohamad Noor Faiz didakwa telah menikam bekas kekasihnya, Sheery Hazmah Yasib, 34, di Apartment Meridin Bayvue, Taman Sierra Perdana, Masai, Pasir Gudang dengan sebilah pisau pada pukul 12.57 tengah hari, 31 Ogos lalu.

Atas pertuduhan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dikenakan penjara selama 20 tahun atau boleh dihukum mati jika kecederaan dilakukan tertuduh serta tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup.

Sementara berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah mencederakan mangsa sama menggunakan sebilah pisau di lokasi dan masa yang sama.

Atas kesalahan itu pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan, selain menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati dengan mangsa atau saksi.

Selain itu, tertuduh juga perlu melapor diri di Balai Polis berhampiran sebulan sekali dan juga perlu menyerahkan pasport antarabangsa miliknya.

Siti Noraida kemudiannya menetapkan tarikh 6 November depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan juga penyerahan dokumen termasuk laporan perubatan mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI