fbpx

Buli: Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada sembilan pelajar sekolah yang didakwa berkaitan kes buli di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TELUK INTAN – Sembilan pelajar sebuah sekolah berasrama di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang pelajar Tingkatan Dua sekolah sama, Jun lalu.

Kesemua tertuduh berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh

Mengikut pertuduhan, kesemua remaja bawah umur itu didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada remaja lelaki berusia 14 tahun di asrama lelaki sebuah sekolah di Changkat Jong, Teluk Intan pada pukul 12.30 tengah malam, 23 Jun 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azalea Sharmeen Zaizan manakala kesemua remaja itu diwakili peguam, S. Francis daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 kepada setiap tertuduh dan menetapkan 5 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Menerusi laporan media pada 25 Jun lalu, polis menahan 10 pelajar tingkatan lima yang dipercayai suspek kes buli seorang pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah menengah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI