SHAH ALAM- Enam sekeluarga ibarat berpatang maut sebelum ajal apabila terselamat dalam kebakaran rumah studio di tingkat 16, sebuah kondiminium mewah di Seksyen 7, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggila berhubung insiden itu pukul 1.46 pagi sebelum lima anggota bersama seorang pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian kira-kira pukul 1.53 pagi, anggota mendapati berlakunya kebakaran dan kesemua mangsa masih terperangkap di dalam rumah terbabit.
“Beberapa anggota segera mengeluarkan kesemua mangsa berusia lingkungan sembilan bulan hingga 37 tahun dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Anggota menggunakan hos air kondominium itu bagi memadamkan kebakaran dan telah membuka tingkap kesemua rumah itu bagi membuang asap kebakaran,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE