fbpx

Wanita ditahan tinggal anak OKU sehingga terjun apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seorang remaja OKU yang mengalami kecederaan selepas terjun dari tingkat 1 dalam kejadian di sebuah apartmen sekitar Taman Melawati, awal pagi semalam.

AMPANG – Seorang wanita ditahan hari ini kerana meninggalkan anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berseorangan sehingga remaja lelaki itu terjun dari tingkat satu sebuah apartmen di Taman Melawati, awal pagi semalam.

Difahamkan, remaja lelaki berusia 13 tahun itu ditinggalkan seorang diri di rumah pada Jumaat lalu kerana wanita itu membawa anak perempuan berusia lima tahun ke latihan renang sebelum bermalam di sebuah hotel sekitar Damansara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang merupakan golongan OKU dan autisme itu telah terjun dari rumah yang terletak di tingkat satu pada pukul 8.32 pagi semalam.

“Remaja itu kemudian terjatuh di atas sebuah kereta dan mengalami kecederaan sehingga menerima lima jahitan di bahagian kepala, tangan kanan serta kesan retak di tangan dan muka.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 43 tahun yang merupakan ibu mangsa pada pukul 2 petang hari ini.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang esok bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI