fbpx

The Red Warriors tewas 1-2 di tangan Selangor FC II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang TRW, Nixon (kiri) cuba melepas kawalan pemain Selangor II FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. /FOTO IHSAN KELANTAN FC

KOTA BHARU – Laluan Kelantan FC untuk memburu kejuaran Liga Premier musim ini semakin berliku apabila tumpas 1-2 kepada Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya perlu menunggu keputusan perlawanan melibatkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang kini berada di tangga kedua liga.

Kem The Red Warriors (TRW) terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan pembukaan pasukan pelawat melalui Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-29 selepas melakukan rembatan yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gawang Kelantan FC, Nik Mohd. Amin Ahmad.

Kelantan FC sekali lagi dikejutkan oleh Selangor FC II melalui jaringan S. Sharvin pada minit ke-34.

Pasukan tuan rumah mendapat peluang untuk merapatkan jurang gol apabila dihadiahkan sepakan percuma hujung babak pertama, namun gagal disempurnakan oleh Nurshamil Abd. Ghani.

Ketinggalan 0-2, TRW menggandakan usaha untuk merapatkan jurang gol sebaik sahaja permulaan separuh masa kedua.

Pasukan pelawat yang berkelebihan dua gol terus mengekalkan disiplin bertahan sambil menunggu peluang untuk melancar serangan balas untuk mengamcan kubu Kelantan FC.

Anak-anak buah Rezal Zambery berjaya merapatkan jurang gol melalui jaringan Muhammad Ghaffar Abdul Rahman pada minit ke-76 yang dapat memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang pelawat.

Gol berkenaan menghidupkan kembali semangat juang pemain TRW untuk terus sekurang-kurangnya mengutip satu mata di laman sendiri.

Bagaimanapun, Selangor FC II terus kental bertahan menyaksikan Kelantan FC tewas buat kali ketiga dalam saingan Liga Premier musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI