fbpx

Bekalan ikan tongkol di Laut China Selatan semakin berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurangang bilangan ikan tongkol pada masa ini adalah disebabkan tindakan nelayan menangkap anak ikan yang belum sempat bertelur. - Sea Choice

MANILA – Penggubal dasar dan saintis dari lima negara Asia menggesa kerjasama perikanan dilaksanakan di Laut China Selatan susulan laporan yang menunjukkan bahawa bekalan ikan tongkol semakin berkurangan di perairan tersebut, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Sekumpulan saintis dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam menerusi satu laporan berkata, kuantiti ikan tongkol kini berada pada tahap membimbangkan serta terancam akibat aktiviti penangkapan ikan kecil secara berlebihan.

Ikan tongkol disenaraikan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) sebagai spesies yang sangat kerap bermigrasi.

Justeru, badan tersebut mengenakan tanggungjawab khas ke atas setiap negara berkaitan untuk menguruskan stok secara kerjasama.

“Di seluruh Laut China Selatan, terdapat peningkatan penggunaan peralatan menangkap ikan yang boleh menangkap ikan tongkol yang masih kecil.

“Jika tidak diurus, keadaan itu akan menyebabkan terlalu banyak anak ikan tongkol ditangkap sebelum ia membiakkan generasi seterusnya, sekali gus mengakibatkan penurunan populasi yang pantas,” tulis laporan tersebut.

Ketegangan berterusan di Laut China Selatan antara tanah besar China dan enam penuntut lain ke beberapa perairan iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam termasuk Amerika Syarikat (AS) telah menyukarkan kerjasama untuk menguruskan sumber perikanan bersama.

Penasihat Keselamatan Negara Filipina, Clarita Carlos berkata, beliau berminat untuk mempromosikan kerjasama pengurusan perikanan sebagai salah satu cara untuk meredakan ketegangan berhubung pertikaian kedaulatan.

“Tiada negara boleh menguruskan stok ikan secara bersendirian, rantau ini perlu bertindak bersama dan tindakan mesti berdasarkan konsensus saintifik,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI