fbpx

Gergasi Merah ikat pendahulu liga Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAION (kanan) melompat untuk menanduk bola ketika perlawanan antara Selangor FC menentang JDT pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ kelmarin. – FARIZ RUSADIOZ

PENGENDALI sementara Se­langor FC, Mohd. Nidzam Jamil memuji sikap positif pasukan selepas bangkit untuk mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 1-1 pada perlawanan di Stadium MB Peling Jaya kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah ketinggalan hasil jaringan penalti yang disudahkan oleh penyerang JDT, Bergson Da Silva sebelum Herlison Caion menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Kata Nidzam, barisan pemain berjaya menyerap tekanan dengan baik dalam usaha menamatkan badi kekalahan yang direkodkan sebelum ini selain benteng pertahanan juga menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Sikap dan komitmen daripada pemain membuatkan saya berpuas hati tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Namun, pujian juga wajar diberikan kepada JDT yang memberikan tentangan sengit buat kami.

“Selain itu, saya juga mahu memuji barisan empat pertahanan beraksi dengan cemerlang kerana bukan mudah nak jaga pemain berkualiti seperti Arif Aiman, Safawi Rasid dan Fernando Forestieri.

“Saya percaya kesungguhan pemain terhasil atas sokongan daripada penyokong dan saya mahu pasukan menggunakan keputusan ini untuk kembali bangkit berada di landasan kemenangan pada aksi akan datang,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, kapten Selangor, Brendan Gan percaya pasukan sepatutnya boleh mengutip lebih daripada satu mata tetapi itulah lumrah bola sepak selepas beberapa peluang terhidang gagal disudahkan.

“Saya tidak terlalu gembira kerana kami tidak mencatat kemenangan tetapi JDT adalah pasukan yang bagus dan kita berjaya mengekang asakan mereka.

“Apa yang pasti, semua pemain bekerja keras selama 90 minit dan saya bangga dengan komitmen mereka untuk meraih keputusan seri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI