fbpx

Bekalan telur kembali kurang di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBEKAL mendakwa berlaku kekurangan bekalan telur ayam di peringkat peladang yang dikesan sejak tiga bulan lalu. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Pembekal telur ayam di negeri ini dikatakan ada yang terpaksa menghentikan tempahan daripada peniaga atau pembuat kek berikutan jumlah pengeluaran stok barang keperluan itu dikatakan berkurangan sehingga 50 peratus di peringkat peladang sejak Jun lalu.

Situasi itu berlaku bagi memberi keutamaan kepada pengguna harian terutama isi rumah selain sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada kumpulan tersebut.

Seorang pembekal yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 42, berkata, kekurangan bekalan telur ayam di peringkat peladang yang dikesan berlaku sejak tiga bulan lalu menyebabkan jumlah pembeliannya terpaksa dihadkan kepada maksimum 20 papan atau tray sahaja.

Katanya, ini berkemungkinan disebabkan beberapa faktor termasuk belum tiba musim penge­raman telur ataupun akibat cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Saya kini terpaksa menghentikan pengambilan tempahan daripada peniaga-peniaga kek dan lebih mengutamakan peruncit dan peniaga di pasar. Memang jumlah telur tidak akan mencukupi jika saya terus menjual kepada pembuat kek.

“Difahamkan, peniaga kek yang dahulu merupakan pelanggan tetap kini telah mengalih tumpuan pembelian barangan keperluan itu di pasar raya besar.

“Meskipun mengutamakan peruncit dan peniaga pasar, namun saya masih mengehadkan pembelian maksimum 20 tray sehari. Contohnya, tempahan 40 tray sebelum ini kini dihadkan hanya 20 tray seorang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ujarnya, pengedaran secara harian bagi tempahan telur ayam campuran gred hanya dilakukan untuk peniaga di pasar, manakala peruncit pula setiap dua hari sekali dengan majoritinya me­nempah gred B.

“Ketika ini pun saya cuma menerima bekalan telur ayam daripada peringkat peladang iaitu antara 250 hingga 300 tray jika hendak dibandingkan tempahan dahulu sebanyak 500 tray,” katanya.

Harga semasa telur ayam diperingkat pembekal termasuk caj penghantaran adalah RM13.50 sepapan bagi gred A, RM12.90 (gred B) dan RM12.60 (gred C).

Ketika ini, harga siling runcit telur ayam gred A ditetapkan 45 sen sebiji, manakala gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI