fbpx

Agong, Raja Permaisuri berkenan hadir Pesta Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah ketika acara memotong kek dan pulut kuning di Menara Kuantan, 188. /IHSAN ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri Pesta Kuantan di Menara Kuantan 188, Pahang semalam.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua diiringi oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Kerabat Diraja yang lain.

Majlis itu diadakan sempena memuliakan hari ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda berdua.

Dalam pada itu, majlis tersebut diserikan dengan acara memotong kek dan pulut kuning, selain persembahan bunga api serta ‘projection mapping’ (unjuran pemetaan).

Persembahan nyanyian oleh artis tempatan termasuk Aina Abdul, Ara Johari, Man Bai serta Raihan, turut berlangsung di menera berkenaan yang merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI