fbpx

Serangan City kurang menyengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (atas) gagal membantu City mencatat kemenangan walaupun berjaya menjaringkan satu gol sewaktu seri 1-1 menentang Villa awal pagi semalam. – AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terkilan kerana jentera serangannya gagal mencari jalan untuk menewaskan Aston Villa apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana ­Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi semalam.

The Citizens berdepan kesukaran untuk memecahkan tembok pertahanan Villa terutama di separuh masa pertama walaupun mempunyai keseluruhan 13 percubaan, namun hanya berupaya melakukan empat ­rembatan tepat ke arah gawang tuan rumah.

Bagi Guardiola, keputusan itu sangat merugikan pasukan apatah lagi selepas Villa berjaya mendapat satu gol walaupun mempunyai satu percubaan tepat sahaja sepanjang perlawanan tersebut.

“Kami bolos sekali daripada satu percubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit. Kami kurang kemas di bahagian ketiga ter­akhir dan beberapa perkara mudah yang lain, khususnya dalam separuh masa pertama.

“Villa bertahan dengan baik, teratur dan kemas. Kami mencipta peluang yang cukup untuk menjaringkan gol dan kami juga bertahan dengan baik.”

“Kami ada peluang untuk jaring­kan gol kedua ketika me­ngawal permainan tetapi kami tidak lakukannya. Kami kurang tepat dalam aspek hantaran silang dan itulah antara sebab kami gagal mencari gol seterus­nya,” kata Guardiola.

Erling Haaland meledak satu gol dalam aksi itu untuk me­ngumpul jaringan peribadi ke-10 dalam enam perlawanan EPL.

Ia sekali gus berkongsi rekod sebagai pemain terpantas mencapai jumlah tersebut bersama Mick Quinn yang melakukannya pada Disember 1992.

Sebagai rekod, Haaland membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-50 sebelum Villa menyamakan kedudukan melalui Leon Bailey (m-74). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI