fbpx

Peniaga sayur diugut ah long angkara hutang anak bongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wong Thiam Siew menunjukkan laporan polis yang telah dibuatnya selepas dia sekeluarga menerima ugutan ah long sejak tiga bulan lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga berdepan situasi sukar sepanjang tiga bulan lalu selepas anak bongsunya yang berusia 29 tahun terlibat dengan jerat pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long selepas gian berjudi secara dalam talian.

Pemborong sayur-sayuran, Wong Thiam Siew, 60, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain kini hidup dalam ketakutan disebabkan masalah tersebut.

“Anak saya kata dia terbabit dalam aktiviti berkenaan selepas seorang individu dikenalinya menawarkan peluang berjudi dalam talian tanpa membelanjakan sebarang wang.

“Selepas beberapa tempoh, anak saya kalah teruk ketika berjudi sehingga dimaklumkan perlu membuat pembayaran segera atau tidak hutangnya akan berlipat ganda menjadikan keseluruhan bernilai RM4 juta,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambah Thiam Siew, sindiket berkenaan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengutip wang tersebut temasuklah dengan mengganggu perniagaannya di Jalan Syahbandar, Taman Tun Aminah dan juga gerai menjual sayur di Pasar Borong Pandan, di sini.

Katanya, insiden gangguan itu telah berlaku sehingga tujuh kali walaupun anaknya telah melangsaikan bayaran hutang berjumlah RM675,000 kepada sindiket berkenaan.

“Selain itu, sekumpulan lelaki turut bertindak menceroboh kedai memborong sayur kami pada 16 Ogos lalu menyebabkan saya terpaksa menyembur cecair pemadam api untuk menghalau mereka,” jelasnya.

Tambah warga emas itu lagi, sindiket tersebut masih membuat ugutan bahawa mereka akan terus melakukan provokasi sekiranya hutang anak lelakinya itu gagal dibayar sehingga mengugut  akan membunuh anak bongsunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd. Wahid memberitahu pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kami akan berusaha untuk mengesan saspek yang terlibat,” jelasnya yang ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI