fbpx

Luahan pembaca: Peritnya berurusan di Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat keluhan daripada orang ramai mengenai tempat letak kereta dan pengurusan Hospital Pulau Pinang. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya rasa sudah masanya hospital itu diberikan transformasi baik dari segi bangunan, perkhidmatan dan keselesaan pesakit serta warga kerjanya.

Sejak 2016 saya berulang-alik dari rumah ke hospital membawa anak mendapatkan rawatan. Masalahnya ialah hospital tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi dan menyebabkan pengguna disaman kerana memakir di bahu jalan.

Tidak berakhir di situ, pesakit perlu pula berdepan dengan kesesakan untuk mendaftar dan perlu menunggu hampir dua jam sebelum dipanggil menemui doktor.

Dalam bilik doktor, pesakit sekali lagi terpaksa bersesak dengan orang lain yang ada kalanya mencecah lapan orang pada satu-satu masa.

Selesai di situ, pesakit sekali lagi terpaksa bersesak ketika hendak mengambil ubat. Ini belum lagi bercakap mengenai keadaan di dalam wad.

Saya ingin mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya membesarkan Hospital Pulau Pinang. Jika disebabkan masalah kekangan tanah, saya berpendapat mereka boleh mengambil alih Penjara Pulau Pinang untuk dijadikan tapak pembesaran hospital.

Ia ekoran penjara baharu telah dibina di Jawi dan pembinaan hospital baharu di tapak tanah penjara lama dapat menyelesaikan masalah demi kepentingan orang ramai.

HALIM OSMAN,
KULIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI