fbpx

‘Macam kena gigit harimau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 31 anak Orang Asli dimandikan dengan bantuan pasukan bomba sebelum berkhatan dalam program Sinar Kedewasaan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi dekat Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak mengundang tawa orang ramai apabila mengatakan seperti digigit harimau ketika ditanya mengenai tahap kesakitan ketika berkhatan di Kampung Orang Asli Sunggala, Port Dickson semalam.

Kelucuan itu timbul kerana lazimnya masyarakat secara umumnya menggambarkan kadar kesakitan itu dikaitkan seperti digigit semut.

Muhammad Afiq Habbibn Azizol, 12, memberikan jawapan spontan itu ketika ditanya sama ada dia takut dengan kesakitan ketika berkhatan pada Program Sinar Kedewasaan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini.

Dia bersama dua adiknya, Muhammad Aqil Habib, 8, dan Muhamad Adib Habb, 7, memberitahu, tidak berasa takut malah yakin untuk berkhatan.

“Kami bangun pukul 6 pagi tadi (semalam) dikejutkan emak dan bersiap untuk pergi berkhatan,” katanya.

Tiga beradik itu bersama seorang abang dan seorang kakak kini tinggal bersama ibu manakala bapa mereka sudah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 2018.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Asniza Ahmad berkata, seramai 31 anak Orang Asli berusia antara lima hingga 14 tahun mengambil bahagian dalam program berkhatan tersebut.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada usaha dakwah bagi menegakkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, program itu dianjurkan bersama oleh JHEAINS, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI