PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenar keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas dijangkiti Covid-19 pada pukul 9.30 pagi hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini.
“Dr. Mahathir telah dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.
“Dr. Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 September ini,” katanya ringkas.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Dr. Mahathir telah dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan selepas dijangkiti Covid-19. – KOSMO! ONLINE