fbpx

Liga Super: Rahadiazli sudah mula sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans yang membawa Rahadiazli ke hospital setelah pengsan pada aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim yang dikejarkan ke hospital setelah pengsan sewaktu aksi menentang Melaka United malam tadi dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengurus TFC, Mohd. Fadhil Wahab memberitahu pemain berusia 21 tahun itu sudah mulai sedarkan diri.

“Alhamdulillah, Abey (Rahadiazli) mulai sedar. Semoga cepat sembuh. Tahniah kepada pemain-pemain, tahniah kemenangan malam tadi (kelmarin),” tulisnya dalam hantaran di akaun Facebook peribadinya hari ini.

Penolong pengurus skuad Sang Penyu, Zulfadli Rozi pula berkata, Rahadiazli sudah berada dalam keadaan stabil setelah menjalani imbasan dan rawatan awal.

Beliau berkata, penjaga gawang berpotensi itu sudah boleh berkomunikasi dengan jelas walau pun masih lemah.

“Perkara pertama yang dia (Rahadiazli) tanya, adakah kita menang perlawanan tadi?. Saya jawab semua pemain beraksi demi kamu dan ya, kita menang.

“Begitu pun, doktor masih memantau keadaannya,” ciapnya di Twitter.

Penjaga gol tinggi lampai itu tercedera akibat pelanggaran dengan pemain Melaka United, Harith Naem Jaineh ketika cuba menangkap bola di dalam kotak penalti pada minit ke-46. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI