fbpx

TH Heavy Engineering Berhad bukan anak syarikat Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TH Heavy Engineering Berhad (THHE)

PETALING JAYA – TH Heavy Engineering Berhad (THHE) bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).

TH dalam kenyataan memaklumkan, kepentingan pihaknya di dalam THHE telah diambil alih sepenuhnya pada tahun 2018 oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) iaitu anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

“UJSB ialah sebuah syarikat pengurusan aset yang ditugaskan untuk menguruskan aset yang dipindahkan daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan.

“Pemindahan THHE dilakukan kerana prestasi syarikat lemah dan tidak memberi pulangan yang dijangka kepada TH,” katanya merujuk kepada beberapa laporan akhbar berhubung THHE.

Sementara itu, TH kini berada di landasan yang baik dan terus berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan, tabdir urus dan operasinya seiring dengan pemulihan ekonomi negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI