fbpx

Bagai mimpi ngeri – Ikmal Amry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN kereta dinaikinya terbalik sebanyak lapan kali, tetapi Ikmal bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat dalam nahas yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Ikmal Amry bersyukur dia dan keluarga terselamat apabila terlibat dalam sebuah nahas jalan raya petang tadi.

Menerusi hantaran dalam Instagram, kejadian tidak diingini tersebut berlaku di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan ketika dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Melaka sekitar pukul 2.30 petang.

“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik ke kampung. Ketika mahu ubah laluan ke lorong kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga menyebabkan hilang kawalan,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya mengalami sakit-sakit badana

“Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali. Alhamdulillah saya, anak dan isteri selamat dan tidak mengalami sebarang luka,” katanya.

Tambah Ikmal atau nama sebenarnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 28, kemalangan terbabit adalah satu mimpi ngeri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usianya sekeluarga.

“Mimpi ngeri yang tak sanggup ku lalui terjadi. Pahit untuk ditelan, tetapi pengalaman yang menjadi pengajaran.

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI