fbpx

Sang Kenari benam Harimau Kumbang pada Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGAH WANJA muncul wira KDA FC apabila meledak gol tunggal ketika menewaskan Penang FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC akhirnya dapat menarik nafas lega selepas merekodkan kemenangan ke atas seteru tradisi, Penang FC dengan keputusan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad Sang Kenari terpaksa bermandi peluh sebelum meraih tiga mata berharga hasil jaringan tunggal yang dilakukan pemain import, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-56.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak mengakui berpuas hati dengan prestasi barisan pemain yang dilihat berjaya menerapkan arahan taktikal sebaiknya, selain kehadiran lima pemain import juga banyak membantu pasukan.

Kata Aidil, penampilan lima pemain import terbabit telah berjaya meningkatkan prestasi pasukan dengan fokus sekarang adalah untuk meneruskan momentum bagi meraih keputusan lebih positif pada masa akan datang.

“Saya harap dengan kemena­ngan ini dapat menyuntik semula keyakinan pasukan. Ia juga dianggap sebagai permulaan positif buat kami yang berjaya menurunkan lima pemain import buat pertama kali.

“Semua tahu Kedah sebelum ini tidak lengkap tanpa beberapa pemain import, jadi saya harap pasukan dapat kembali bersaing secara kompetitif pada baki sai­ngan Liga Super musim ini.

“Pada masa sama, saya tidak mahu pasukan terlalu gembira kerana fokus seterusnya adalah untuk memastikan keputusan positif dalam aksi bertemu ­Melaka United minggu depan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI