fbpx

Penunggang basikal maut lepas rempuh gumpalan tar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang terperosok di bawah perut bas mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

KUALA SELANGOR – Angkara melanggar gumpalan tar, seorang penunggang basikal terbabas lalu terperosok di bawah perut bas di Kilometer 20, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok dekat sini hari ini.

Mangsa yang berumur 36 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 11.12 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.43 pagi antara sebuah basikal dan sebuah bas sekolah.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang menunggang basikal secara konvoi telah melanggar gumpalan tar yang berada tepi lorong kiri jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan basikal mangsa terbabas dan jatuh di laluan lorong kanan jalan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, pada masa yang sama sebuah bas yang dipandu di lorong kanan jalan telah cuba membrek dan mengelak namun perlanggaran berlaku juga menyebabkan mangsa terperosok ke bawah perut bas.

Jelas beliau, mangsa telah dikejarkan dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.12 pagi di Unit Kecemasan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI