ALOR SETAR – Seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar melakukan sanitasi di Penjara Alor Setar di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, proses sanitasi bermula pukul 4.30 petang tadi.
“Kerja-kerja sanitasi melibatkan empat ruang pejabat di tingkat satu dan dua serta bahagian luar penjara.
“Jenis bahan kimia yang digunakan adalah sodium hypoclorite,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, proses sanitasi oleh enam anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam selesai pada pukul 5.30 petang tadi.
Penularan Covid-19 bagi Kluster Tembok yang antaranya melibatkan kakitangan dan tahanan penjara mencatatkan sebanyak 414 kes setakat ini. – K! ONLINE