fbpx

Thailand lancar program atasi sami obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR sami menyimpan makanan tinggi kalori dan gula kerana tidak dibenarkan makan selepas waktu tengah hari. - Thaiger

BANGKOK – Thailand melancarkan program pemakanan dan kesihatan baharu berikutan kajian baru-baru ini mendapati lebih satu perempat daripada pelajar sami di sekolah Pendidikan Umum Phra Pariyatti Damma di seluruh negara mempunyai berat badan berlebihan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pejabat Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHCO) melancarkan projek itu dengan kerjasama Yayasan Promosi Kesihatan Thai, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Chulalongkorn dan enam organisasi lain.

Matlamatnya adalah untuk membendung obesiti dalam kalangan 33,000 pelajar.

Setiausaha Agung NHCO, Prateep Thanakijcharoen berkata, membuat pilihan yang lebih sihat adalah satu kewajipan.

“Kami mahu mereka memahami nutrisi pemakanan dan mengekalkan rutin yang sihat dan bukannya memilih makanan yang mereka suka seperti manisan, makanan ringan atau makanan bergoreng,” katanya.

Berdasarkan statisik, pelajar sami itu mempunyai berat badan secara purata, kira-kira 4 peratus lebih tinggi daripada golongan lelaki dalam populasi awam. 

Memandangkan sami tidak dibenarkan makan selepas waktu tengah hari, Yayasan Promosi Kesihatan Thai berkata, mereka telah melihat trend pelajar menyimpan stok makanan tinggi kalori dan gula.

Makanan seperti susu manis, teh hijau manis dan minuman ringan adalah pilihan apabila lapar pada waktu petang.

Projek untuk mendidik pelajar itu merangkumi empat kaedah pembelajaran termasuk infografik, satu set 10 buku pemakanan dan senaman, aplikasi yang menyediakan pendidikan tentang pilihan makanan dan platform grafik animasi yang akan diperkenalkan menjelang Disember ini.

Peningkatan pendidikan itu diharap dapat mengurangkan bilangan pelajar yang berlebihan berat badan.

Prateep juga berkata, aplikasi itu membuatkan pelajar seronok kerana mereka akan ditawarkan ganjaran kerana bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat apabila merekodkan rutin masing-masing dalam aplikasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI