fbpx

Chelsea pecah rekod perpindahan pemain wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARDER menunjukkan jersi Chelsea selepas mengikat kontrak selama tiga tahun menerusi yuran perpindahan termahal dunia bagi pemain wanita.

LONDON – Pelaburan Chelsea membeli Pernille Harder daripada Vfl Wolfsburg baru-baru ini amat berbaloi apabila penyerang itu dinobatkan pemain terbaik wanita Eropah bagi musim 2019/2020.

The Blues sanggup meme­cahkan rekod perpindahan ter­mahal dunia buat pemain wanita semata-mata mahu mendapatkan tandatangan Har­der, 27, dengan harga sebanyak £250,000 (RM1.35 ju­ta).

Chelsea mengharapkan kehadiran bintang Denmark itu mampu membantu pasukan wanita mereka meraih pelba­gai kejayaan domestik dan Eropah sama seperti skuad lelaki kelab dari London ter­sebut.

Sebagai rekod, Harder yang boleh beraksi sebagai pemain tengah dan penyerang, berja­ya membantu bekas kelab­nya, Wolfsburg mara ke final Liga Juara-Juara Wanita menentang Lyon musim lalu.

Bekas pemain Linkoping dan Skovbakken itu adalah penjaring terbanyak sai­ng­an Bundesliga dengan 27 gol dalam 22 aksi, sekali gus membantu Wolfsburg menjuarai kejuaraan liga domestik musim lalu.

“Saya sangat gembira de­ngan anugerah ini. Ia membakar semangat saya untuk terus memberikan prestasi terbaik, kali ini bersama pa­sukan baharu, Chelsea,” kata Harder yang juga pernah di­nobatkan sebagai pemain terbaik Eropah pada 2018.

Harder mampu memben­tuk gandingan mantap de­ngan penyerang Australia, Sa­mantha Kerr agar Chelsea berjaya mempertahankan ge­­­laran Liga Super Wanita da­ripada dirampas pencabar terkuat yang juga musuh tra­disi, Arsenal. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI