fbpx

Polis terima aduan penipuan inap desa di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (empat dari kanan) merasmikan bot Amphibia Qber II di Pengkalan Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Penipuan inap desa tidak wujud dikesan kembali berlaku di Terengganu berikutan musim cuti persekolahan yang bermula semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, setakat ini, pihaknya menerima aduan berhubungan penipuan inap desa melibatkan kerugian RM2,900 pada kelmarin.

“Mangsa mendakwa melakukan tempahan buat rakannya yang mahu berkunjung ke Terengganu. Rupa-rupanya inap desa yang ditempah sebenarnya bukan milik individu yang mengiklankan dan mengambil tempahan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Lawit Tasik Kenyir, di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Produk Inovasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Amphibia Qber II Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu.

Rohaimi berkata, suspek didakwa telah mengiklankan inap desa milik orang lain kononnya diuruskannya di media sosial.

Tambah beliau, polis juga menerima aduan dakwaan individu lain mengiklankan inap desa yang sebenarnya tidak wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI