fbpx

Sehelai tisu berharga RM35,792

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tisu yang ditandatangani oleh Mohammed Abdu dijual di sebuah kedai online Arab Saudi pada harga gampir RM40,000. - Gulf News

RIYADH – Sebuah kedai online berpangkalan di Arab Saudi berdepan kecaman netizen apabila mengiklankan sehelai tisu yang ditandatangani penyanyi popular negara itu pada harga AS$8,000 (RM35,792), lapor laman Gulf News semalam.

Menurut media tempatan, kedai online ‘Alberwaaz’ itu turut menawarkan pelan ansuran mudah sebanyak empat kali sebanyak AS$1,995 (RM9,925) setiap pembayaran.

Tisu yang dipercayai paling mahal di dunia itu mempunyai tulisan penyanyi, Mohammed Abdu yang mengatakan ‘tisu ini dimiliki oleh Mohammed Abdu’.

Reaksi pengguna media sosial terhadap iklan jualan itu kebanyakannya negatif dan bersifat kritikan kerana menganggap ia sesuatu yang tidak masuk akal.

“Jika tisu itu mempunyai kuasa ajaib menyembuhkan semua kesedihan saya sekalipun, saya tidak akan membelinya,” komen seorang pengguna.

“Andai kata tisu itu boleh memadamkan dosa silam, saya tetap tidak akan terfikir untuk membelinya,” tulis seorang lagi.

Mohammed Abdu ialah salah satu nama terulung dalam muzik Arab sejak 1961 dan lagu-lagunya dihargai oleh berjuta-juta orang di negara teluk itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI