fbpx

Isteri tak tahu saya artis – Shahir Zawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIR dan Jaskin selamat bergelar suami isteri semalam.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Shahir Zawawi, Jaskin Jaludin memberitahu dia tidak tahu langsung suaminya merupakan seorang artis ketika awal perkenalan mereka pada Mei lalu.

Jaskin hanya mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penyanyi selepas mereka mengambil keputusan beralih ke fasa hidup yang lebih serius (menikah).

“Ketika awal perkenalan, saya tidak tahu bahawa suami merupakan seorang artis. Saya tak tengok pun rancangan Akademi Fantasia (AF).

“Saya dapat tahu dia (suami) seorang penyanyi bila ternampak profil dalam Instagram dia,” kata Jaskin kepada Kosmo! Online.

Sampuk Shahir pula, isterinya mungkin tidak perasan profil Instagram miliknya tertera status dirinya sebagai ‘artis’ ketika awal perkenalan mereka berdua.

“Bila isteri sudah tahu saya seorang penyanyi, saya tanya pada dia sama ada sanggup atau tidak untuk terpalit dengan liku-liku dan onak duri dalam industri selepas berkahwin nanti?

“Bila dia berkahwin dengan saya (artis), sedikit sebanyak isteri akan terkena juga tempias dunia selebritri. Alhamdulillah, isteri saya seorang yang kuat dan sanggup melaluinya,” kata Shahir.

Ketika disoal tentang keistimewaan yang dimiliki wanita berusia 33 tahun itu, Shahir memberitahu isterinya mempunyai nilai hati yang sangat suci.

“Isteri saya memiliki nilai hati yang sangat suci. Siapa yang mengenali Jaskin akan tahu nilai hati dia.

“Bahkan isteri saya juga seorang yang lucu dan menghiburkan. Saya bukan sahaja mencari seorang isteri, tetapi juga seseorang yang boleh dijadikan teman,” kata Shahir.

Dalam pada itu, Shahir, 34, dan Jaskin turut melahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Sebelum saya kenal isteri lagi, saya ada buat solat Istikharah dan berdoa agar jodoh saya dengan sesiapa sahaja akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan apabila Allah permudahkan urusan saya bersama isteri,” jelasnya.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu selamat bergelar suami kepada Jaskin dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya, malam tadi.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Shahir yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI