PERWATAKANNYA ‘sempoi’ dan gila-gila, namun pada masa sama, tutur kata aktor dengan ketinggian mencecah 175 sentimeter itu cukup santun dan teratur. Melangkah sahaja ke studio untuk sesi fotografi bersama Pose, pemilik nama pentas Johan As’ari itu berkali-kali memohon maaf hanya atas kelewatannya selama dua minit berbanding waktu yang telah dijanjikan. Biarpun riak keletihan masih bersisa di wajah sekembali pulang dari Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan beberapa hari lalu, Johan seboleh-bolehnya mahu kelihatan bersemangat. Kata Johan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya